Turut ditahan seorang buruh dipercayai mahu mengedar pil itu kepada penagih.

PETALING JAYA: Pelajar Tingkatan Lima antara dua lelaki diberkas polis selepas disyaki memiliki 6,000 pil kuda dalam serbuan di belakang sebuah restoran makanan segera di Rantau Panjang, Kelantan.
Pemangku Ketua Polis Pasir Mas, Nik Aminuddin Raja Abdullah, berkata dalam serbuan pada 10 malam Jumaat, dua suspek menaiki kereta dikesan dalam keadaan mencurigakan oleh anggota yang membuat rondaan.
Katanya, anggota mengekori kenderaan berkenaan sebelum suspek berhenti di lokasi terbabit dengan anggota menghampiri mereka sebelum memperkenalkan diri sebagai pihak berkuasa.
“Pemeriksaan lanjut dilakukan dan menemui semua pil kuda berkenaan disyaki untuk diedarkan kepada penagih.
“Hasil siasatan juga mendapati suspek berusia 17 tahun adalah pelajar sekolah di Hulu…