Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Disyaki terima RM12,000 tutup kes rogol, pegawai penguat kuasa dicekup

today13 August 2024

Background


macc
Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dengan menerima rasuah daripada seorang individu bagi menutup kes rogol.

PETALING JAYA: Pegawai penguat kuasa dicekup Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM12,000 untuk menutup satu kes rogol.

Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira 10 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Pulau Pinang.

“Suspek dipercayai melakukan kesalahan itu sekitar 2019 dan menerima rasuah daripada seorang individu sebagai balasan untuk menutup satu kes rogol,” katanya menurut Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan lelaki terbabit akan dibawa ke mahkamah Perlis, esok untuk didakwa.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post