Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ditegur Salah Guna Bahasa Inggeris, Marissa Dania Respons: “Just Mind Your Own Life”

today24 September 2024

Background

Pempengaruh, Marissa Dania tampil membidas individu yang mengkritik pengunaan Bahasa Inggerisnya di Instagram Story (IGs).

Menerusi muat naik tersebut, anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim ini memuat naik foto menikmati minuman serta menulis kapsyen dalam Bahasa Inggeris.

“My moves have to either make sense or make money,” tulisnya.

Dalam pada itu, ada individu menegur Marissa serta memberi cadangan agar pempengaruh ini mengambil kelas Bahasa Inggeris bagi memantapkan kemahirannya.

“‘Made sense.’ Mungkin boleh gunakan duit itu untuk belajar bahasa Inggeris dengan lebih baik,” katanya lagi.

Berang dengan komen tersebut, Marissa menyelar individu tersebut menasihatinya untuk tidak masuk campur dengan kehidupannya.

Artikel Berkaitan: “Lama Tak Jumpa Anak Mama Sorang Ni, Rindu Sangat!” – Abby Abadi Akhirnya Dipertemukan Dengan Marissa Dania

Artikel Berkaitan: Saling Tak Mengikuti Di IG, Abby Abadi Sebak Peluk Model Persis Wajah Marissa Dania – “Hanya Rindu”

Written by: Aqilah


Previous post