Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Dituduh buang sampah, lelaki mengamuk, ugut bunuh suami sepupu

today14 December 2022

Background



Suspek direman empat hari mulai hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan selepas mengamuk dan mengugut membunuh suami sepupunya kerana tidak berpuas hati dituduh membuang sampah di kawasan rumah mangsa.

Menurut laporan Harian Metro, Kejadian itu berlaku di depan rumah mangsa di Kampung Nyabut Trombol, Jalan Telaga Air di Padawan, Sarawak kira-kira 9.30 malam semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan, Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira 6.30 petang tadi, susulan laporan dibuat sepupu suspek, yang juga isteri mangsa.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang bersenjatakan kapak ke rumah sepupunya yang bekerja sebagai pembantu kesihatan dan mengugut membunuh suaminya.

Beliau berkata, suspek turut berteriak memanggil nama mangsa yang berada dalam rumah.

Tetapi, disebabkan bimbang sesuatu berlaku, mangsa tidak menyahut panggilan suspek dan…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: FMT Reporters


Previous post