Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Dituduh Jadi Isteri ke-2, Miera Leyana Tidak Kisah Berpoligami?

today14 September 2020

Background

Selamat disatukan sebagai suami isteri sah di sebuah hotel terkemuka pada 26 julai lalu, kini pelakon Miera Leyana dituduh menjadi orang ketiga, bermadu dan bahagia atas penderitaan wanita lain pula.

https://www.instagram.com/p/CEYaKQRlqYT/

Tidak mengambil kisah mengenai kata-kata netizen, pasangan suami isteri ini tidak terusik dengan mulut lahar berbisa netizen.

Miera memberitahu, dia bersama suaminya yang juga ahli perniagaan, Rosland Othman, bahagia dengan fasa baharu dalam rumah tangga. Paling penting, mereka tidak menyorok perkahwinan malah mendapat restu dari kedua-dua keluarga.

Rosland berkata, dia tiada kuasa menghentikan gosip yang berlegar mengenainya yang dikatakan berpoligami, malah tidak terkesan dengan komen netizen.

“Netizen nak mengata macam-macam, katalah… Saya tidak boleh menghalang netizen untuk terus bercakap sebab saya tahu kalau buat benda baik, netizen tetap kutuk. Lagipun, ia tidak langsung menjejaskan kehidupan kami.

“Saya berkahwin dengan Miera bukan mahu menumpang popularitinya, sebaliknya saya melihat sisi baik pada isteri selepas empat tahun berkawan baik dengannya.

“Sebelum ini, saya dengar pelbagai cerita mengenai Miera, tetapi apabila mengenalinya, saya tahu siapa dirinya yang sebenar. Saya terusik mengenali keluarga dan melihat cara ibunya menjaga Miera.

Rosland berkata, banyak perkara lain yang boleh dibincangkan netizen daripada sibuk mengambil tahu mengenai rumah tangganya dengan Miera.

https://www.instagram.com/p/CEzCqclFBoR/

“Jujurnya, saya lebih selesa tidak berkongsi soal peribadi kepada orang luar,” katanya.

Walau dikritik hebat netizen, namun apa yang penting, kata Rosland, melihat keluarga kedua-dua pihak gembira pada hari bahagia mereka. Meskipun ada yang mempertikaikannya, tetapi masih ramai yang menyokong keputusan mereka.

https://www.instagram.com/p/CETNiyZlmIb/

Sementara itu, Miera tetap dengan pendirian untuk tidak mengiyakan mahupun menidakkan dirinya bergelar isteri kedua. Dia tidak melihat kehidupan berpoligami sebagai isu besar.

 

Sumber dari Berita Harian.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *