Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Dituduh Nak Glamor & Didakwa Ambil Kesempatan, ‘Kembar’ Arwah Siti Sarah Tampil Bersuara!

today13 June 2022

Background

Baru-baru ini, pelakon veteran Raissuddin Hamzah terubat rindu terhadap anaknya, penyanyi Allahyarhamah Siti Sarah selepas dapat menyambut hari lahir bersama seorang wanita yang mempunyai wajah mirip arwah.

Artikel Berkaitan: Raissuddin Hamzah Terubat Rindu Sambut Hari Jadi Bersama Wanita Wajah Mirip Arwah Siti Sarah

Susulan itu, wanita yang dikenali sebagai Nurul Ameera terus menjadi perbualan hangat netizen di serata media sosial akibat isu berkenaan.

Terbaru, Ameera meluahkan rasa kesal apabila ramai individu yang meninggalkan komen berbaur negatif terhadapnya serta didakwa sengaja mencipta populariti dan cuba mengambil kesempatan.

“Tujuan saya buat video ni saya nak cerita yang sampai ke hari ini dan hari-hari lah saya dapat kecaman macam-macam,” katanya.

Penjelasan tersebut dimuat naik menerusi satu video yang berdurasi tiga minit yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya.

Tambah Ameera lagi, dia menegaskan tidak pernah membuat sebarang konten atau pengakuan bahawa wajahnya mirip Allahyarham Siti Sarah.

“Siapa yang dah lama follow saya dari dulu mereka akan tahu yang setiap kali saya post pasal diri saya, saya tak pernah lagi mengaku seiras dengan sesiapa sahaja.

“Belum pernah buat konten lagi yang mengaku diri saya seiras ke apa. Banyak orang yang kecam dan hina saya dari Facebook, Instagram, TikTok dan semua berfikiran negatif. Ada pun hanya beberapa orang je yang berfikiran positif,” luahnya.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan segelintir netizen yang mengkritiknya sengaja mahu mengambil kesempatan, Ameera berkata dia hanya dijemput dan memang sudah berniat untuk berjumpa bapa arwah.

“Cakap saya ni menggatal, pergi sana sebab nak ambil kesempatan lah. Tapi saya pergi sana sebab niat saya nak jumpa ayah arwah dan tak ada niat lain. Sebab mereka invite, ada rezeki kita jumpa lah,” tegasnya.

Bagaimanapun, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai dalam kalangan netizen yang menyokong sepenuhnya penjelasan yang diberikan olehnya itu.

Rata-rata netizen meminta Ameera untuk mengabaikan saja komen-komen netizen tersebut, namun tidak dinafikan ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.

Written by: Salma