Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Ramai Terjebak… Penangan Melur Untuk Firdaus, Peminat 3 Negara Tergilakan Meerqeen!

today13 June 2022

Background

Terus menjadi sebutan, penangan drama rantaian TV3 #MelurUntukFirdaus masih belum gagal mencuri perhatian peminatnya terutamanya peminat drama melayu tempatan.

Malah, kekal trending menduduki tangga nombor satu tiap kali drama tersebut ditayangkan, klip pendek  #MelurUntukFirdaus juga antara yang paling digemari dan sering dikongsikan peminat menerusi aplikasi Tik Tok bukan sahaja di Malaysia tetapi juga Indonesia, Thailand dan juga Filipina.

Sementara itu, berbekalkan bakat, rupa paras yang elok, jalan cerita yang hebat dan gandingan mantap pelakon utamanya iaitu, Meerqeen dan Anna Jobling maka, tidak hairanlah kenapa penonton terus setia mengikuti drama #MelurUntukFirdaus.

Drama ini beri impak yang sangat luar biasa!

Menurut Meerqeen atau nama sebenarnya, Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam, 21, kejayaan dan sambutan terhadap drama ini sangat membanggakan terutamanya dalam karier lakonannya.

Malah, sambutan serta sokongan yang diterima sejak drama #MelurUntukFirdaus ditayangkan juga memberi impak yang sangat luar biasa.

“Wei! Aku terjebak tengok drama melayu…Rare betul!”

Bahkan, ada yang mengikuti drama ini semata-mata mahu melihat beliau apatah lagi ada segelintir yang tidak boleh move on dengan episod yang disiarkan.

Justeru itu, Meerqeen juga dilihat kerap berkongsi video dan tangkap layar peminat dari tiga buah negara berkenaan menerusi Instagram Story miliknya sebagai tanda menghargai sokongan yang diberikan.

Menjengah diruangan media sosial pula, rata-rata peminat tidak sabar dan berharap agar drama #MelurUntukFirdaus dapat ditayangkan di negara mereka.

Kepada semua peminat Meerqeen, Anna Jobling mahupun drama #MelurUntukFirdaus, jangan lupa untuk saksikan drama ini pada setiap Rabu hingga Sabtu jam 9 malam hanya di TV3 ATAU boleh saksikan secara LIVE menerusi LIVE TV di www.xtra.com.my okay. Jangan ketinggalan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

 

Written by: Salma