Beberapa akaun media sosial menuduh Nik Nazmi Nik Ahmad dan perdana menteri meluluskan projek tanpa melalui proses teratur.

PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad membidas tuduhan jahat mengaitkannya dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan penyelewengan dana untuk projek rancangan tebatan banjir (RTB).
Susulan itu, Nik Nazmi berkata pejabatnya membuat laporan polis berhubung fitnah itu dan kebocoran maklumat sulit berkaitan projek yang dianggarkan bernilai RM10.9 bilion seperti tersebar di media sosial.
Menurutnya, laporan dibuat terhadap pengguna Facebook, TikTok dan Telegram yang menuduhnya dan Anwar meluluskan projek berkenaan tanpa melalui proses teratur.
“Ini secara jelas mendorong orang awam yang membaca hantaran tersebut membuat tanggapan bahawa kami menyeleweng dana awam bagi tujuan politik.
“Saya…