Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

DNA sahkan mangsa tipu kerja meninggal dunia di Mae Sot adalah Zhen Feng

today12 September 2022

Background



Goi Chee Kong dan isteri yang tiba di Bangkok awal bulan ini untuk mencari Zhen Feng sebelum dimaklumkan kematian anak sulungnya itu di Hospital Mae Sot, Thailand. (Gambar Bernama)

BANGKOK: Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang meninggal dunia di Hospital Mae Sot berhampiran sempadan Thailand-Myanmar pada Mei lalu adalah warga Malaysia Goi Zhen Feng, yang dipercayai mangsa sindiket penipuan kerja.

Keputusan ujian DNA yang diterima pada kira-kira 4 petang hari ini menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99% bapa kandung (biological father) kepada mangsa.

ADUN Teruntum, Sim Chon Siang yang membantu Chee Kong di Bangkok berkata, dengan keputusan ujian DNA itu, pihak keluarga akan membuat permohonan penukaran nama mayat itu ke nama sebenar – Zhen Feng.

“Selepas itu, upacara pembakaran mayat akan diadakan.

“Kami jangkakan abu mayat mangsa akan dapat dibawa pulang oleh ibu bapa mendiang ke kediaman mereka di Ipoh pada Jumaat…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post