
PETALING JAYA: Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin mendakwa bekas pengerusi parti itu, Dr Mahathir Mohamad sebagai individu pertama memulakan langkah untuk Bersatu meninggalkan Pakatan Harapan (PH), tetapi membuat pusingan U kemudian.
Katanya, Mahathir mengubah fikirannya pada saat akhir, selepas Majlis Presiden PH memutuskan untuk terus menyokongnya sebagai perdana menteri sehingga penggalnya tamat.
PH sebelum ini membuat perjanjian dengan Mahathir bahawa beliau akan berkhidmat sebagai perdana menteri ketujuh selama dua tahun, sebelum memberi laluan kepada Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri kelapan.
“Sebelum itu, kalau kita masih ingat, beliau telah didesak beberapa pihak di dalam PH supaya berundur untuk memberi laluan kepada Anwar.
“Setelah Majlis…