Menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat yang dimuat naik di TikToknya, Dr Say menegaskan bahawa baby walker sebenarnya akan menyekat perkembangan bayi untuk berjalan dengan normal.
Hal ini kerana, penggunaan baby walker menyukarkan bayi untuk berjalan dengan sendiri kerana terlalu bergantung kepada peralatan tersebut.
“Sepanjang saya membesarkan tiga anak lelaki, satu barang bayi yang saya tak pernah dan tak akan beli adalah baby walker.
“Ramai orang ingat baby walker akan membantu dan menyokong mempercepatkan bayi berjalan, padahal baby walker melambatkan proses bayi berjalan.
“Kenapa? Pertama, baby walker menyekat perkembangan motor yang normal. Bayi akan bergantung pada sokongan dari walker berbanding kekuatan otot mereka sendiri,” katanya.
“Kedua, baby walker menggalakkan pergerakan jalan yang salah sekali gus menjurus ke arah cara jalan yang tidak sepatutnya.
“Ketiga dan paling penting adalah tentang faktor keselamatan. Selalunya, baby walker digunakan…