
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam proses akhir untuk memuktamadkan dasar dan draf perundangan mengenai Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang dijangka dilaksanakan bermula tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan.
Beliau berkata mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi kini masih di peringkat simulasi kerana ia merupakan langkah cukai yang baharu diperkenalkan dan bakal dilaksanakan.
“Mekanisme pelaksanaan Cukai Barangan Bernilai Tinggi adalah melalui penggubalan perundangan baharu iaitu Rang Undang-undang Cukai Barangan Bernilai Tinggi yang akan dibentangkan nanti.
“Dasar perundangan perlu dirangka dan digubal dengan teliti supaya cukai dapat dilaksanakan dengan teratur serta mematuhi amalan dan prinsip percukaian semasa dan tidak memberi kesan…