Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Drama Raya di TV3 Terap Nilai Kekeluargaan

today4 June 2019

Background

TV3 bakal menyiarkan beberapa program menarik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Drama Remuk lakonan Sharul Ridzwan, Shukri Yahaya, Nabila Huda dan Wan Sharmila akan ditayangkan pada 4 Jun, Selasa jam 10 malam.

Remuk berkisar mengenai watak bernama Zakuan yang juga seorang warden penjara memikirkan gilirannya menyambut raya bersama keluarga.

Ditambah dengan tekanan isteri dan anak, Zakuan berharap dapat pulang ke kampung untuk beraya bersama sanak saudara.

Sementara itu, Zamri pula dipenjarakan atas kesalahan membunuh tanpa niat ketika ingin menyelamatkan isterinya daripada serangan perompak.

Drama Raya Kali Ini disiarkan pada Rabu, 5 Jun pada jam 11 pagi.

Drama ini dibintangi oleh Puteri Balqis, Fasha Sandha, Aprena Manrose dan Ika Nabella.

Ia mengisahkan mengenai 3 adik beradik iaitu Alya, Aimy dan Alisa yang sudah berumah tangga, di mana Alisa berkahwin dengan anak orang kaya dan hidup serba mewah.

Kehidupan Alisa menjadikan dia bongkak dan sering menyindir dua kakaknya Alya dan Aimy yang hidup serba sederhana.

Drama Pujaan Hati Kanda Raya akan disiarkan pada 5 Jun, Rabu pada jam 10 malam.

Mengekalkan pelakon sama iaitu Remy Ishak, Mira Filzah dan Sarah Hilderbrand, ia mengisahkan cerita selepas Danny mengambil alih hotel Arjuna, yang menyaksikan Tiara kesunyian.

Tiara merajuk selepas mengalami keguguran lalu melarikan diri pulang ke kampung.

Filem lakonan Remy Ishak, Pulang akan menemui penonton di TV3 pada 6 Jun di TV3 , bermula jam 10 malam.

Filem itu turut dibintangi Puteri Aisyah, Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Jalaluddin Hassan.

Sumber: Berita Harian

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *