Connect with us

Onz

Drama The World of the Married Beri Impak, Buat Rossa Rakam Semula ‘Hati Yang Kau Sakiti’ Dalam Bahasa Korea

Merinding!

Published

on

Drama Korea yang mendapat sambutan di Malaysia, Indonesia dan Singapura iaitu The World of the Married turut memberikan impak yang amat besar buat penyanyi Datuk Seri Rossa untuk merakamkan semula lagu Hati Yang Kau Sakiti.

Lagu yang turut diubah ke dalam bahasa Korea itu turut diberi judul The Heart You Hurt atau Sangcheo Badeun Maeum.

Menerusi sidang media yang diadakan dalam talian pada 14 Ogos 2020, Rossa memaklumkan dia mencabar diri mempelajari bahasa Korea terutama menguasai cara sebutan bagi memastikan single yang dirakam berkualiti dan difahami.

Single balada penuh emosi itu sudahpun dilancarkan di platform digital:-

https://www.youtube.com/watch?v=2JOtIHDefgY

Berkongsi pengalaman merakam single tersebut, menurut Rossa sejak dunia berdepan pandemik COVID-19, dia banyak mengisi masa dengan menonton drama Korea.

“Salah satu drama yang ditonton adalah The World of the Married. Saya cukup teruja menonton dan menantikan kesudahannya. Malah, ketika menonton drama ini, lagu Hati Yang Disakiti terlintas dalam fikiran.”

“Siapa sangka drama itu membuka langkah untuk saya menyanyikan lagu dalam bahasa Korea”

Menurut Rossa juga, video muzik single itu akan dirakam sebaik keadaan pulih.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Connect with Us

Advertisement

Recommended Post

Advertisement

Hubungi Kami

  • Email
  • Studio Hotline
    +603-7710 8822
  • Office
    +603-7710 5022
  • Fax
    +603-7710 7098
  • Address
    Media Prima Audio, PH Floor, North Wing, Sri Pentas, Persiaran Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
FREKUENSI HOT FM DI KOTA BHARU KINI 88.6FM
KLIK SINI
untuk strim secara live atau muat turun aplikasi
KLIK SINI
untuk dengar Hot FM
secara live di aplikasi
Tersedia di