Imbas untuk muat turun aplikasi

Muzik Buzz

Dua Negeri Ini Bakal Dikunjungi Alif Satar Untuk Jayakan Konsert Mininya Bersama Raihan

today23 September 2019

Background

Kalau terdahulu penyanyi Alif Satar pernah menyatakan yang dia belum bersedia untuk menganjurkan sebarang konsert berskala besar, namun perasaan itu berubah selepas kejayaan Jelajah Mini Showcase pertamanya yang diadakan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur pada 14 September lalu.

β€œSaya bersyukur dan gembira dengan sambutan dan sokongan yang diterima pada malam itu.”

Dalam persembahan berkenaan, Alif menyampaikan lagu-lagu popularnya seperti Jangan Nakal, Lelaki Seperti Aku, Akhiri Penantianku, Nona Jakarta, Akan Tiba, Sesungguhnya Aku dan lagu terbarunya iaitu I Want You To Love Me.

Alif turut menjemput kumpulan nasyid popular Raihan menyanyikan lagu Iman Mutiara dan Thank You Allah.

β€œMula-mula saya bertanya kepada mereka, bolehkah menyanyi di tempat seperti itu? Namun, kata mereka menyanyi adalah cara mereka berdakwah dan tidak kira di mana saja tempatnya.”

Alif berkata, sambutan yang diterima terhadap kehadiran Raihan juga sangat luar biasa dan jika tiada halangan untuk jelajah seterusnya pihaknya mungkin akan mengundang Raihan.

Selepas ini, Alif akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe Pulau Pinang pada 28 September, Kota Kinabalu (12 Oktober) dan Melaka (20 Oktober).

Written by: Azra Azuar


Previous post

Jamming Hot

Khayal – Stacy

Kalau korang nak tahu, lagu Khayal ni tentang cabaran dan kesakitan yang perlu dilalui someone dalam menghadapi dunia realiti. Kalau korang hayati lirik dia, memang deep sangat. Stacy juga bagitahu yang lagu ni menceritakan tentang macam mana sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah dan kecewa. Kalau boleh kita nak lari dari segala masalah. Boleh related dengan kita semua juga kan? So kalini, jom kita dengar Khayal versi akustik […]

today23 September 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *