
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menafikan beliau akan meninggalkan Umno susulan tular video bertajuk “KJ keluar Umno!! Sah, keputusan muktamad Khairy Jamaluddin” baru-baru ini.
Khairy yang juga menteri kesihatan berkata, beliau tidak gemar melayan laporan sensasi sedemikian, namun perlu menjelaskannya selepas ditanya pelbagai pihak.
“Saya tak suka layan berita macam ini tapi ramai mesej dan tanya. Saya tetap Umno. Saya menang Ketua Pemuda Umno tapi tak dilantik (Jemaah Menteri) dan dipulau, tetap Umno.
“Saya kalah Presiden dan dipandang semacam, tetap Umno. Kena cari kawasan baharu pun, tetap Umno. Jangan risau, dulu kini dan selamanya (Umno),” katanya dalam catatan di Instagram.
Bagaimanapun, laporan berbentuk video…