Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

Ebit Lew Hadiahkan Kereta Mewah, Audi Buat Isteri?

today29 May 2020

Background

Pendakwah bebas terkenal Ustaz Ebit Lew ada memuat naik sepotong video pendek di laman Instagram miliknya pada 28 Mei lalu.

Video tersebut yang memaparkan dirinya berada di dalam sebuah kereta mewah, Audi berwarna putih lantas mendapat perhatian ramai sejak ia dikongsikan.

https://www.instagram.com/p/CAu1q7HAJMo/

Menerusi kapsyen panjang yang ditulis, sepertinya kereta mewah berkenaan adalah hadiah daripada Ustaz Ebit kepada isterinya yang tercinta.

Dalam pada itu, beliau juga memberitahu pengikutnya di media sosial agar jangan kedekut untuk berbelanja ke atas isteri dan keluarga kerana percaya rezeki akan bertambah dan melimpah ruah.

Katanya lagi, amalan sedekah amat besar nilainya dan dengan bersedekah kita akan mendapat keberkatan hidup.

Setakat artikel ini ditulis, perkongsian video oleh Ustaz Ebit Lew itu sudah meraih hampir 900,000 jumlah tontonan serta lebih 4,500 komen.

Written by: Jay


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *