
PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Kota Bharu menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 89.8g di Wakaf Bharu, Tumpat, enam tahun lalu.
Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamad Abazafree Mohd Abbas menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hafizul Che Mohd Zahid, 30, selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie di akhir kes pembelaan.
Mohamad Abazafree dalam penghakimannya berkata, tertuduh memberikan keterangan yang berbeza dengan hujah pihak pendakwaan.
“Mahkamah menganggap tertuduh sengaja mereka cerita dan memberi keterangan yang meragukan.
“Oleh itu, tertuduh didapati bersalah, malah, turut disabitkan dengan pertuduhan tersebut dan dijatuhkan hukuman gantung sampai mati,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Mengikut…