Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Edit & Share Foto Tak Senonoh Dhabitah Sabri, Jiggy Masin Bakal Saman

today15 August 2024

Background

Pelakon dan pelawak yang juga suami kepada penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri,Jiggy Masin berang apabila ada individu tidak bertanggungjawab menyunting foto isterinya menjadi tidak senonoh.

Jiggy atau nama penuhnya, Mohammad Aizat Ahmad Nazri, 35 , berkata dia tetap akan meneruskan saman kerana menganggap tindakan dan perbuatan individu berkenaan sangat keterlaluan.

Bahkan, lebih menyedihkan foto tersebut diterimanya ketika isterinya itu sedang berjuang demi negara di sukan Olimpik Paris 2024 baru-baru ini.

“Sanggup menyunting dan memuatnaik gambar tidak senonoh isteri saya, sedangkan Nur Dhabitah ketika itu berusaha dan berjuang untuk negara. Ada dua keping gambar sampai ke tangan saya sejak Nur Dhabitah layak mara ke separuh akhir.

“Berdasarkan kenyataan pengawai penyiasat dan peguam, surat saman sudah dikeluarkan kepada individu terbabit. Saya tetap akan teruskan tindakan ini (saman) kerana apa yang dia lakukan sangat keterlaluan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Berjaya Mara Ke Separuh Akhir, Jiggy Masin Beri Sokongan Padu Buat Dhabitah Sabri – “Let’s Go Sayang!”

ARTIKEL BERKAITAN:Tamatkan Aksi Final… Dhabitah Sabri Bersyukur Diberi Peluang, Titip Ucapan Buat Jiggy Masin – “Thank You Sayang!”

Aib dan menghina Dhabitah

Dalam pada itu, Jiggy mengakui dia masih waras dan boleh menerima kritikan dan komen negatif netizen namun tidak ke tahap menyunting foto isterinya menjadi tidak senonoh kerana ia boleh mengaibkan dan menghina Dhabitah.

“Saya tidak mampu menghalang sudut pandang seseorang terhadap Nur Dhabitah, tapi apabila sanggup bertindak menyunting gambar isteri saya jadi tidak senonoh, ia bukan perkara yang boleh dipandang remeh lagi.

“Lebih buat saya sakit hati apabila fikirkan adab masing-masing yang dah tiada. Sebagai manusia, kalau nak pandang dari sudut sukan, okeylah. Tapi, tolong faham masih ada hadnya,” jelasnya.

Mengulas lanjut, tindakan mengeluarkan saman terhadap individu tersebut dibuat sebagai pengajaran dan peringatan baut orang ramai di luar sana agar tidak bersikap melampaui batas.

 

Sumber: Harian Metro

Written by: Salma