Umum sedia maklum rumah tangga pasangan selebriti, Farid Kamil dan isteri tercintanya, Diana Danielle pernah dilanda musibah sehingga membawa kepada perpisahan, Ogos tahun lalu.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh Farid bagi memujuk Diana ketika itu seperti membawa sejambak bunga dan cincin ketika perbicaraan kes cerai mereka.
Jodoh yang panjang akhirnya menyatukan mereka kembali selepas pasangan selebriti ini sudah rujuk ketika masih dalam idah.
Susulan itu, ada segelintir pihak yang kagum dengan usaha aktor filem Anwar: The Untold Story ini sehingga ramai menjadikan dirinya contoh kepada para suami dalam pertahankan rumah tangga.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), bapa kepada dua anak ini tampil memberi respons apabila dipuji sedemikian.
Katanya, dia mempunyai kekurangan diri namun menyarankan agar semua pohak kembali kepada Agama.
“Kembali kepada Agama itu saja. Saya mungkin Cerminan cuma, tidak lebih tidak kurang. Allah Maha berkuasa,” katanya.
Terdahulu, Farid dan Diana sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor pada 10 Ogos 2023.
Mereka bagaimanapun sah rujuk semula pada 31 Ogos 2023 ketika masih dalam idah.
Untuk rekod, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.
Artikel Berkaitan: Mahu Raikan Ulang Tahun Ke-11, Farid Kamil Turut Hadiahkan Cincin! Tapi Kena Reject Dengan Diana Danielle – “Bunga Pun Dibuang, Apatah Lagi Cincin”
Artikel Berkaitan: “Berbaloi Kami Rujuk Semula” – Diana Danielle Syukur, Peluang Kedua Beri Ruang Perbaiki Kekurangan Suami Isteri