
PETALING JAYA: Ejen jualan kosmetik wanita yang dilarikan tiga lelaki bersenjata dari kediamannya di Kampung Semat Jal, Wakaf Bharu, Kelantan, 13 Sept lalu berjaya diselamatkan hari ini.
Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Rosnazirah Mohd Naim, 36, ditemui di sebuah lokasi di Thailand hasil hasil bantuan dan kerjasama erat antara pihak berkuasa negara itu dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
“Melalui siasatan serta kerjasama erat antara PDRM dengan polis Thailand serta perkongsian maklumat dan perisikan telah berjaya menjejaki serta mengenalpasti lokasi keberadaan mangsa di Thailand.
“Mangsa akhirnya berjaya diselamatkan dan telah dibawa pulang ke Malaysia hari ini,” katanya dalam kenyataan.
Acryl Sani berkata, susulan itu, tujuh lelaki tempatan ditahan di sekitar Kelantan, Selangor dan…