Imbas untuk muat turun aplikasi

Onz

[EKSKLUSIF] “Bangun Pagi Kena Sound”- Joe Flizzow Kongsi Perubahan Selepas Berkahwin

today10 July 2020

Background

Tanggal 26 Jun lalu menjadi detik terbahagia buat Johan bin Ishak atau lebih dikenali sebagai Joe Flizzow apabila disatukan dengan suri hatinya, Marini Ramlan.

Joe tidak menyembunyikan kegembiraannya apabila mengakui dirinya sangat bahagia sekarang selain tenang selepas melangkah ke fasa baharu sebagai suami.

Kehadiran Joe di  konti Hot FM hari ini, menggamatkan lagi suasana apabila Geng Pagi Hot (GPH) bertanyakan soalan mengenai perubahan kehidupan selepas berkahwin.

https://www.instagram.com/p/CCcjA6dhAx4/

Joe menyambut baik soalan yang diajukan oleh GPH, dengan berkata

“Banyak berubah, saya rasa saya baik lah sekarang”

joe flizzow kahwin | BuzzKini

Bila ditanya GPH, sama ada isterinya garang atau pun tidak, Joe menjawab

“Garang, biasa bangun pagi terus gerak, ni saya kena sound lah, ‘eh katil ni macam mana?’ ”

“Saya rasa saya macam budak kecik balik”

Selain itu, Joe juga turut mempromosikan lagu terbarunya KUASA, hasil gandingan bersama Azlan & The Typewriter.

Menurut Joe, KUASA membawa banyak maksud tersirat yang memberi peringatan kepada diri sendiri. Takrifannya dalam lagu KUASA adalah hasil kerjasama dengan Azlan, yang mengambil semua sudut dari pelbagai konteks. Dia tidak mahu kuasa yang dimaksudkannya itu disalah tafsir sebaliknya perlu pemahaman menyeluruh.

Muzik video KUASA yang dikeluarkan di Youtube kini sudah mencecah hampir 320 ribu tontonan selepas seminggu di muat naik.

Written by: Fieyna Azman

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *