
PUTRAJAYA: Kebenaran mengeksport ayam akan dipertimbang selepas bekalan dalam negara untuk rakyat tidak terjejas bagi memastikan harga bahan mentah itu dapat dikawal, kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa.
Pada masa sama, katanya, isu membabitkan pemberian subsidi kepada penternak bagi membolehkan ayam standard dijual pada harga siling runcit RM9.40 sekilogram di Semenanjung Malaysia juga perlu diperhalusi.
“Jadi, isunya kita tidak boleh hanya tangani soal eksport, kita kena tangani juga soal selama mana subsidi itu nak dikekalkan.
“Kalau kita tiba-tiba terus membenarkan eksport dan pada masa yang sama ditamatkan subsidi, maka harga ayam akan…