
KUALA LUMPUR: Anwar Ibrahim mendesak kerajaan menghentikan projek kapal tempur pesisir (LCS) yang menelan belanja RM9.128 bilion.
Ketua pembangkang dalam sidang media di Parlimen berkata, projek itu sudah menelan belanja RM6 bilion setakat ini.
“Kerajaan perlu memberhentikan projek LCS ini dan tidak lagi meneruskan baki projek bagi fasa berikutnya bagi mengelakkan korupsi berterusan.
“Baki kos projek LCS boleh digunakan untuk membela golongan berpendapatan rendah dan dana sebanyak RM500,000 boleh diperuntukkan untuk membela nasib pesara tentera,” katanya pada sidang media di Parlimen.
Anwar berkata, merujuk kepada laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bagi fasa kedua dan ketiga projek LCS yang sedang disiapkan, ia perlu dipantau sebaiknya.
Katanya, menteri pertahanan yang terlibat sebelum ini dan juga ketua setiausaha…