Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Elfira ‘Throwback’ Video Kejutan Hamil Buat Suami

today4 October 2019

Background

Berita kehamilan bagi sepasang suami isteri pasti sesuatu yang sangat menggembirakan.

Itu yang dirasakan pelakon, Elfira Loy yang selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu.

https://www.instagram.com/p/B3EpFpBFD2t/

Menerusi laman Instagram miliknya, pelakon yang mesra disapa El ini berkongsi satu video ‘throwback’ memberikan kejutan kepada suami, Faris Anuar selepas mendapat tahu dirinya hamil, empat bulan selepas berkahwin.

https://www.instagram.com/p/B3JBcKAFgL7/

Aww, sweet sangat kan! Faris kelihatan terpinga-pinga sambil ketawa membuka kotak besar dengan petikan ‘ready to change diapers, Daddy’ yang terisi belon dan juga kit ujian kehamilan.

Ini pula reaksi yang ditinggalkan oleh rakan-rakan artis dan juga peminat El.

Elfira atau nama penuhnya Nurul Elfira Loy Binti Mohd Sabri, 25, bersalin secara normal, dengan bayi seberat 3.68 kilogram (kg).

Pasangan ini turut mendedahkan nama anak lelaki mereka iaitu Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.

https://www.instagram.com/p/B3G3bBMlcWl/

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *