Penyanyi Elizabeth Tan atau mesra dengan panggilan Lizzy menerima ugutan simbah asid oleh seorang wanita tidak dikenali gara-gara kekasihnya kerap meninggalkan komen di Instagram pelantun lagu Polis Entry itu.

Perkara itu didedahkan oleh Lizzy menerusi laman Instagram miliknya pada Ahad.
https://www.instagram.com/p/B1lnkXnAJ5e/
Disebabkan ugutan itu, Lizzy nekad mahu membuat laporan polis dalam masa terdekat bagi langkah-langkah keselamatan.

Macam-macam ragam manusia sekarang ni. Walaupun bukan salah kita, tetap kita juga yang dipersalahkan dan menjadi mangsa. Harap Lizzy sentiasa berhati-hati.
Post comments (0)