Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Elvina Mohamad Mohon Maaf Gara-Gara Busana Nampak Paha Di KLFW Jadi Bualan Netizen

today30 August 2022

Background

Pelakon Datin Elvina Mohamad memohon maaf jika penampilannya ketika menghadiri Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) mengundang rasa tidak selesa dalam kalangan pengikutnya di media sosial.

Memetik laporan Kosmo, Elvina atau nama sebenar Norzalina Mohamad, 27, yang menggayakan busana serba putih yang hampir mendedahkan pangkal pahanya itu adalah sebagai tanda sokongan kepada seorang pereka tempatan yang menyertai acara tersebut.

β€œSaya berpakaian begitu hanyalah untuk KLFW2022 baru-baru ini. Tidaklah memakainya untuk urusan harian lain.

β€œSaya ke sana untuk memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.

β€œMungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu,” katanya.

Namun, ibu anak satu ini menyedari penampilannya itu menimbulkan rasa kurang senang dan memohon maaf kepada peminatnya.

β€œMungkin salah saya juga, tidak semua pengikut media sosial boleh menerima gaya seperti itu.

β€œSaya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun, baju itu hanya untuk acara tersebut,” jelasnya.

Terdahulu, Elvina yang menggayakan pakaian agak mencolok mata itu mendapat kritikan orang ramai.

Sumber: Kosmo

Written by: Aqilah