Pelakon, Emelda Rosmila meluahkan rasa terkilan terhadap segelintir artis baharu yang menunjukkan sikap sombong di set penggambaran.
Ketika ditemui XTRA, Emelda berkata artis baharu pada masa kini lebih gemar membuat hal sendiri daripada berguru atau berlatih dialog dengan pelakon-pelakon senior.
“Susah nak dapat pelakon baharu yang nak berlatih baca skrip, saya pula yang kena panggil.. tapi sekarang saya tak buat dah. Pandai-pandailah.
“Kalau dulu masa saya baru-baru masuk industri, saya berilmu dengan pelakon senior, baca dialog bersama.
“Sebagai pendatang baru kalau jumpa pelakon senior kita rasa hormat, takut dan tak nak buat silap yang boleh ganggu lakonan dia,” katanya.
Meskipun kurang selesa dengan sikap sedemikian, namun Emalda memilih untuk tidak menegur pelakon baharu yang mempamerkan muka ketat sehingga digelar ‘poyo’
“Kalau saya nak menegur itu tidaklah, saya akan terus beritahu direktor. Benda asas, mereka pun bukan baru saja masuk industri, dah ada pengalaman penggambaran sepatutnya tahu cara bawak diri.
“Tapi buat muka ketat, muka poyo.. memang pandai-pandailah,” katanya lagi ketika ditemui di sidang media Tonton Original Series Salju Rindu Di Bumi Auckland, baru-baru ini.
Emelda yang kini bergandingan dengan aktres, Riena Diana memuji bakat lakonan pelakon berusia 27 tahun itu yang mudah untuk bekerjasama.
“Bekerja dengan Riena sangat menyeronokkan, personaliti dia ‘bubbly’. jadi mudah didekati. Dia tahu adab antara pelakon baru dan pelakon senior. Senang bekerjasama dengan dia,” katanya.
Selain Emelda dan Riena, drama Salju Rindu Di Bumi Auckland yang sudah ditayangkan pada 16 September lalu turut dibintangi oleh Keith Foo, Kodi Rasheed, Nabil Aqil dan Shamsul Ghau Ghau.
Sejak ditayangkan, drama ini berjaya menduduki tempat pertama di platform Tonton selama dua minggu, sekali gus menjadikan ia program pilihan utama penonton.
Malah, drama ini turut mendapat sambutan luar biasa di media sosial apabila meraih 30 juta capaian setakat 10 episod dalam masa tiga minggu.
Artikel Berkaitan: Adlin Aman Ramlie Suka Imej Botak Emelda Rosmila Dalam Filem Abnormal Buas – “Sebenarnya, Ini Bukan Kali Pertama Saya Cukur Rambut”
Artikel Berkaitan: Bimbang Penyakit Ain, Riena Diana Elak Terlalu Kongsi Kemesraan Dengan Keith Foo Di Media Sosial – “Demi Menjaga Mental Saya…”