Pelakon Emma Mamembong yang berangkat ke tanah suci untuk menunaikan ibadah umrah bersama ayah dan juga kakaknya semalam sudah selamat tiba.
Ini selepas Emma memuat naik sekeping foto bersama ayahnya menerusi laman Instagram miliknya awal pagi tadi.
Bagaimanapun, kakaknya Yaya Maembong tidak ketinggalan mendoakan agar segala urusan Emma dan keluarganya dipermudahkan.
https://www.instagram.com/p/BvJJ5UlnK5R/
“Selamat menunaikan umrah ayahnda tercinta @emma_maembongofficial @coddy_maembong @qalam_ismail. Semoga dipernudahkan segalanya.
“Melalui ibadah haji dan umrah ini, Allah memberi peringatan kepada manusia agar sentiasa berada dan berpegang kepada agama tauhid yang benar dan kita dibawa untuk menyaksikan bukti-bukti sejarah umat terdahulu di mana sama-sama diseru untuk mengesakan Allah dan menyaksikan kebesaran Allah.
“Moga umrah ini dapat mengenal diri sendiri dan bagaimana seharusnya perlakuan seseorang di hadapan Allah, membimbing kita dalam aktiviti keagamaan untuk mengajar erti kehidupan dan kematian, kelembutan hati, keteguhan iman, pengorbanan dalam kehidupan dan bagaimana menghindarkan diri daripada gangguan dan godaan iblis laknattullah.
“Doakan kami sekeluarga menyusul tahun depan ya,” tulisnya.
Apa-apa pun, selamat mengerjakan ibadah umrah Emma, semoga selamat pergi dan pulang.
Dayah Bakar Nyanyi, Tapi Reaksi Suaminya Curi Tumpuan
Siapa tak kenal Dayah Bakar ni, dia la pengacara bual bicara Borak Kopitiam yang disiarkan menerusi saluran TV3 pada jam 8 pagi.