Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Enggan Berpura-Pura, Fathia Latiff Buka Hijab

today25 April 2019

Background
Pelakon sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff mengaku tidak mahu terus berpura-pura sedangkan hidupnya tidak pernah tenang sejak berhijab.
Berita Harian
Fathia mendakwa keputusan membuka tudung sudah lama difikirkan, tetapi dirinya masih mahu menjaga hati keluarga.
Namun, luah Fathia, hatinya tekad mahu menjadi diri sendiri lantas menanggalkan tudung.

“Suka hatilah saya nak buat apa, ini pilihan hidup saya. Saya berhak memilih jalan terbaik. Orang nak cakap saya sakit atau depresi terserahlah.

“Saya hanya menjadi diri sendiri, saya tidak mahu berpura-pura. Tiada gunanya bertudung litup tetapi masih tidak berubah.

“Saya mahu membersihkan hati dulu, sebelum berubah.”

Menurutnya lagi, dia tidak mahu memikirkan kecaman netizen kerana sudah biasa ‘dipijak’ dan dihina.

“Bukan saya tidak cuba istiqomah, tetapi nampaknya saya tidak mampu. Saya anggap ini kekurangan diri yang harus saya perbaiki.”

Sebelum ini, Fathia mengundang tanda tanya apabila memuat naik gambar dirinya yang tidak bertudung.
Dia juga memadamkan semua foto lama dalam Instagram.

 

Sumber: Berita Harian

Written by: Jay


Previous post

Jamming Hot

Tetap Kamu – Amylea Ft. Megat (OST Nur 2)

Tertekan mencari pengganti untuk duet bagi OST Nur 2 menyebabkan Amylea hampir give up. Dia nyaris menolak untuk projek tersebut kalau tidak bertemu penyanyi yang betul-betul sesuai, alasannya ialah tidak mahu tangkap muat. Hasil kesabaran membuahkan hasil apabila bertemu gandingan vokal yang sesuai iaitu Megat Mentor. Tetap Kamu merupakan kesinambungan bagi lagu Tak Pernah Hilang gandingan Amylea dan Kaer sebelum ini. Kali ini kami persembahkan kepada anda menerusi Jamming Hot, […]

today25 April 2019

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *