Imbas untuk muat turun aplikasi

Uncategorized

Enggan ‘Dobok’ Lagi, Abby Abadi Kongsi Video Terkini Semakin Langsing… Peminat Komen: “Sekali Tengok Macam Marissa Dania”

today14 July 2024

Background

Pelakon Abby Abadi kini muncul dengan penampilan terkini yang semakin langsing.

Berjaya menghilangkan lebih 13 kilogram, Abby berkongsi beberapa hantaran video yang memaparkan keadaan fizikal terbaharunya.

Di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilan terkini pelakon drama bersiri Gerak Khas itu.

View this post on Instagram

A post shared by abbyabadi_112 (@mamayebbyyabadi)

Peminat juga mengatakan wajah dan fizikal Abby sama seperti anaknya, pempengaruh popular Marissa Dania.

Dalam pada itu, peminat juga memuji usaha dan kesungguhan Abby untuk mengurangkan berat badan bagi mendapatkan tubuh badan sihat.

Sebelum ini, Abby berkongsi dia berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan bantuan produk kesihatan serta senaman dan aktiviti fizikal yang diselia oleh anaknya, Danish Hakim.

Written by: Salma