Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Neelofa & PU Riz Tak Mahu Panjangkan Isu Dakwaan Iklan Berunsur Luc*h

today14 July 2024

Background

Pengacara dan usahawan ternama, Neelofa enggan memanjangkan isu berkaitan kontroversi iklan salah sebuah produk miliknya yang berbaur lucah.

Merupakan pengasas kepada jenama Nilofa Plus yang mengeluarkan iklan tersebut, bekas hos Nona TV3 mahu meletakkan noktah terhadap isu yang terjadi.

“Pihak jenama dah mengeluarkan permohonan maaf, saya rasa isu itu dah ada titik noktah. Kita bergerak ke fasa seterusnya.

“Penjelasan lanjut tak diperlukan kerana cerita akan jadi panjang. Kita akui apa yang perlu, perkara selanjutnya pun telah dibuat,” katanya.

View this post on Instagram

A post shared by XTRA (@xtra_my)

Neelofa ditemui di majlis pelancaran Nunha Store di pusat membeli-belah MyTown, Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Tambah isteri kepada pendakwah Haris Ismail atau PU Riz itu, kontroversi terbabit memberikan pengajaran namun tetap dengan pendirian untuk tidak mengulas lanjut.

“Ya, benar. Memang ada pengajaran namun saya tiada ulasan lain,” katanya.

Sementara itu, Haris yang ditemui di acara sama turut enggan memberikan komen terhadap isu yang terjadi.

“Mungkin kita ke soalan yang lebih menarik, seperti sambutan hari lahir pertama anak kedua kami semalam,” katanya berseloroh.

Terdahulu, perkongsian iklan produk Isterix keluaran Nilofa Group mengundang kecaman netizen yang menyifatkan hantaran yang dikongsikan mempunyai unsur lucah dan mencetuskan isu dalam kalangan warganet.

Ia memaparkan beberapa foto objek yang seakan-akan menyerupai alat sulit wanita bertujuan mempromosikan produk mengeratkan hubungan suami isteri.

Netizen turut memberi pandangan iklan yang dipamerkan di laman sosial itu kurang sesuai dengan penampilan Neelofa yang berhijab dan berpurdah.

Susulan kontroversi yang tercetus, Nilofa Group memuat naik kenyataan permohonan maaf di platform laman sosial mereka.

“Kami menerima segala teguran dan akur dengan kesilapan ini dan akan lebih menjaga sensitiviti untuk menghasilkan kandungan yang lebih mesra masyarakat pada masa akan datang,” kata kenyataan itu.

Written by: Salma


Previous post