Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Enggan Terburu-Buru Fikir Soal Kahwin, Zarina Anjoulie Ambil Iktibar Perkara Lalu

today19 September 2023

Background

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie berkongsi bahawa dia kini menjalin semula hubungan cinta bersama bekas tunangnya iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey.

Walaubagaimanapun, memetik laporan Harian Metro, Zarina atau mesra disapa sebagai Anju memaklumkan bahawa dia tidak mahu terburu-buru memikirkan soal perkahwinan.

Hal ini kerana dia berserah dan percaya kepada ketentuan jodoh itu aturan Allah SWT meskipun memiliki niat untuk berkahwin.

β€œSudah bertunang balik dan alhamdulillah happy. Saya rasa sekitar bulan lepas. Dua-dua saling memujuk, mengalah, rindu. Kami dua-dua gila disebabkan itu boleh bergaul sangat baik.

β€œAnak dia sayang anak saya, begitu juga anak saya. Kami memang sudah cukup rapat. Malaslah lagi nak cari orang lain.

β€œNiat itu ada, tapi macam orang cakaplah jodoh itu di tangan Allah. Saya tak tahu. Mungkin akan menjadi, mungkin tidak. Apapun, pertama sekali kami masing-masing kena jadi lebih baik daripada kesilapan lalu,” ujar Anju.

Bukan itu sahaja, Anju juga mengakui dia mengambil pengajaran daripada hal lalu bagi memperbaiki diri dan hubungan.

β€œBelajar untuk bersabar, tak ulang buat silap yang sama. Selepas itu baru bincang kahwinkah atau macam mana. Yang penting itu nak kukuhkan diri sendiri dulu, kukuhkan hubungan kami.

β€œKami nak ambil pendekatan perlahan-lahan. Satu langkah pada satu masa. Mungkin sebelum ini terlalu tergesa-gesa. Tiga bulan terus kemaruk cinta. Muhasabah diri dululah kan,” katanya lagi.

Artikel Berkaitan:Β Sambut Hari Jadi Dengan Anak-Anak, Zarina Anjoulie Sudah Bertunang Kali Kedua Dengan Elzey?

Artikel Berkaitan:Β Cinta Kembali Bertaut, Zarina Anjoulie Dedah Individu Cuba Kikis Duit Kekasih… Siap Bagi β€˜Warning’!

Artikel Berkaitan:Β [VIDEO] β€œMemang Cari Lelaki Poket Tebal…” – Serik Bela Biawak Hidup, Zarina Anjoulie Jawab Dakwaan Dah β€˜Get Back’ Dengan Bekas Tunang

Sumber: Harian Metro

Written by: Aqilah


Previous post