
PETALING JAYA: Seorang penganalisis politik berpandangan Barisan Nasional (BN) Sabah tidak mampu mencipta kejayaan termasuk menawan negeri itu jika bertanding secara solo pada PRN akan datang.
Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah berkata, jenama BN di negeri bawah bayu itu kini dilihat sudah lapuk dan memerlukan transformasi menerusi kerjasama dengan parti lain untuk meraih kemenangan dalam pilihan raya.
“Konteks trend politik terkini adalah transformasi politik gabungan. Maka BN tidak boleh bergerak solo sama ada dalam PRN atau PRU di Sabah.
“Boleh dikatakan gabungan BN sudah lapuk dan rakyat Sabah ingin pengaturan semula gabungan parti politik. Jadi BN harus mencari formula gabungan baharu, katanya kepada FMT.
Gabungan BN di Sabah ketika ini hanya terdiri dari empat parti sahaja antara…