
PETALING JAYA: Ketua Umno Negeri Sembilan Jalaluddin Alias membayangkan parti itu mendapat kurang daripada lima jawatan exco, selepas perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri.
Bercakap kepada FMT, Adun Pertang itu berkata perbincangan antara Barisan Nasional dan Pakatan Harapan selesai dan keputusan bersama sudah dicapai.
“Kita dah selesai bincang, dengan presiden parti pun dah dibuat. Kita dah ada keputusan dah,” katanya. “Sudah tentu lebih dari dua tetapi tak adalah dapat lima… sesuai dengan saham (kerusi) yang kita ada.”
Beliau berkata, BN menghormati keputusan pimpinan parti dan sedia membantu melancarkan pentadbiran negeri. “Kita berkongsi kuasa bawah kerajaan perpaduan. Kita kena bertolak ansur. Jadi sebagai rakan kongsi, bukannya kita anggap pihak satu lagi berada di bawah kita.”
Negeri Sembilan menjadi negeri…