Selepas sekian lama menyepi dan menyah aktifkan akaun Instagram miliknya, Faizal Tahir baru-baru ini telah kembali memuat naik beberapa gambar di laman sosial tersebut.
Baru sahaja pulang daripada misi kemanusiaan yang disertai, Faizal telah memuat naik sebuah video memaparkan dirinya sedang menyanyi.
Bagaimanapun, lagu berkenaan tidak pernah didengari di mana-mana platform dan ramai yang beranggapan ia bakal menjadi karya baru penyanyi tersebut.
https://www.instagram.com/p/B7Xt1zAJehv/
Tiada kapsyen diletakkan namun rata-rata pengguna medium berkenaan sudah dapat menghidu malah tidak sabar menantikan kehadiran single baharu berkenaan.
- @jatperempuan: Smell something huh a new song?
- @anwarairil: Lagu baru wuuuu wu
- @norzakaria2926: We demand a new song. (like.. Please!)
- @ammr_syah: lagu baru ke?
Namun tiada sebarang jawapan atau ulasan diperoleh daripada penyanyi yang popular menerusi lagu Mahakarya Cinta ini.
Post comments (0)