Selepas pengumuman berehat daripada bidang muzik, penyanyi Faizal Tahir kini kembali mewarnai industri hiburan dengan karya terbaharu.
Faizal menerusi laman Instagram miliknya memaklumkan dia dan penyanyi Dayang Nurfaizah baru sahaja melancarkan lagu duet mereka pada 28 Februari 2020.
Lagu yang diberi judul xmissingu itu juga adalah hasil ciptaan Faizal sendiri bersama dengan Ja’a, Mike Chan, dan Yonnyboii.
Bukan berdua, malah lagu berkenaan juga mendapat selingan daripada penyanyi hip-hop Tuju yang merupakan salah seorang anggota kumpulan K-Clique.
Sejak dilancarkan menerusi laman Youtube, lagu tersebut telah meraih lebih 3,000 tontonan selain reaksi positif daripada pengikut masing-masing.
Post comments (0)