
PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank persendirian dan syarikat milik pengasas platform e-dagang FashionValet bernilai kira-kira RM1.1 juta.
Pembekuan tersebut susulan siasatan SPRM terhadap pasangan suami isteri, Vivy Yusof dan Fadzarudin Anuar, berhubung kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) serta Permodalan Nasional Bhd (PNB) berjumlah RM43.9 juta.
“Sejak siasatan dijalankan, SPRM menerusi ‘Op Favish’ telah membekukan kira-kira 11 akaun persendirian dan enam akaun syarikat bawah seliaan pasangan suami isteri ini bernilai kira-kira RM1.1 juta bagi membantu siasatan,” menurut sumber, lapor Bernama.
Terdahulu, SPRM dilaporkan mengambil beberapa dokumen dalam serbuan serentak pada Isnin di Kementerian…