
KUALA LUMPUR: Kerajaan mengambil pendekatan pragmatik dalam membangunkan perancangan ekonomi dengan memberi keutamaan kepada tiga perkara asas, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Katanya, tiga perkara asas tersebut adalah mengukuhkan fiskal, mengenal pasti sumber pertumbuhan baharu dan melaksanakan reformasi struktur ekonomi ke arah rantaian nilai yang lebih tinggi.
Menurut Rafizi, rancangan ekonomi yang dilaksanakan oleh kerajaan Madani setakat ini merangkumi keperluan jangka masa terdekat, perancangan sederhana dan masa panjang yang disesuaikan mengikut perancangan ekonomi makro.
Beliau berkata, kedudukan fiskal negara akan diperkukuh melalui peningkatan hasil dan penyasaran semula subsidi serta rasionalisasi perbelanjaan untuk mewujudkan perbelanjaan awam yang bertanggungjawab.
“Kerangka ekonomi Madani,…