
Penyanyi yang popular menerusi lagu duet Rahsia Kita bersama Khai Bahar, Fatin Husna, 24, bakal berkahwin bersama jejaka pilihan hatinya pada hujung tahun ini.
“Saya mengenali tunang sejak 2016 lagi dan pada awalnya, kami sekadar teman biasa. Namun, tanpa diduga terbit rasa cinta antara kami.
“Insya-Allah, kami akan melangsungkan majlis pernikahan pada Disember depan,” katanya.
Fatin dan Luqmanul Haqim, 26, telah melangsungkan pertunangan pada 12 Oktober lalu di kediaman keluarga penyanyi berkenaan di Seremban, Negeri Sembilan.
Dalam perkembangan lain, Fatin bakal muncul dengan single baharu, tahun depan.
Sumber: Berita Harian


Post comments (0)