Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Fattah Amin Minta Irfan Haris Nyanyi Lagu ‘Wanita Terakhir’ Bersama Amira Othman

today19 January 2025

Background

Pelakon dan penyanyi, Fattah Amin mencuri perhatian selepas dia meninggalkan komen di salah satu hantaran penyanyi, Irfan Haris yang menyanyikan lagu Wanita Terakhir.

Menerusi komen tersebut, Fattah meminta agar Irfan menyanyikan lagu tersebut secara duet bersama kakaknya, penyanyi Amira Othman.

“Nak request duet version dgn Kak Ya (Amira Othman) boleh?,” tulis Fattah.

Irfan yang juga pelantun lagu Pesan ini turut membalas komen selebriti itu sebaliknya mengajak Fattah untuk menyanyi bersama mereka adik-beradik.

“Salam abang Fattah kalau kita duet bertiga sekali best jugak kan?,” katanya.

Kenyataan itu sokongan ramai yang bersetuju sekiranya Fattah menyanyi sekali bersama Amira dan Irfan.

@irfannharis

sambutlah cintaku duhai sayang 🙂

♬ original sound – Irfan Haris – Irfan Haris

Sebelum ini, nama Fattah dan Amira hangat menjadi perbulan ramai selepas didakwa menjalinkan hubungan cinta.

Bagaimanapun, Amira mengakui perkara tersebut hanyalah sekadar gimik bagi melancarkan single baharu berjudul Bila Nak Kahwin.

Artikel Berkaitan: “Kalau Nampak Saya & Fattah Amin Keluar Bersama, Itu Semua Atas Dasar Kerja” – Amira Othman

Artikel Berkaitan: Digelar ‘Duda Hot’, Penampilan Sedondon Fattah Amin Bersama Amira Othman Hanya Sekadar Tuntutan Klien

Artikel Berkaitan: Peminat ‘Restu’ Hubungan, Fattah Amin Tak Nafikan Sedang Berkawan Dengan Amira Othman – “Saya Hanya Boleh Berdoa & Berusaha”

Written by: Aqilah


Previous post