Selepas menunaikan umrah bersama pada tahun 2017, pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sekali lagi berangkat ke Tanah Suci.
Perkara itu dikongsi oleh mereka berdua menerusi akaun Instagram buat tatapan umum.
https://www.instagram.com/p/B6iVBkeFPxA/
Fazura menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya turut menyatakan perasaan penuh kasih sayang terhadap tempat tersebut.
Menjengah ke Instagram Fattah pula, pelakon berkenaan memuat naik foto mereka berdua dihadapan Masjid Quba.
https://www.instagram.com/p/B6ial71lSco/
Rata-rata menerusi ruangan komen mendoakan mereka mendapat umrah yang mabrur dan segala urusan dipemudahkan..
Post comments (0)