Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

Feri P Pinang kerugian RM14 juta setahun

today25 November 2024

Background


Exco Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kos diesel tinggi tanpa subsidi dan insurans lebih RM2 juta setahun untuk setiap feri antara faktor menyumbang kepada kerugian perkhidmatan awam itu.

GEORGE TOWN: Kos perkhidmatan feri di Pulau Pinang melebihi jumlah kutipan tiket menyebabkan perkhidmatan feri mengalami kerugian tahunan sekitar RM14 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri, Zairil Khir Johari, berkata meskipun menghadapi kerugian, Penang Port Sdn Bhd (PPSB) tetap melaksanakan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan untuk memastikan perkhidmatan feri terbaik kepada pengguna.

“Untuk gambaran kasar, kutipan tiket perkhidmatan feri hanya dapat menampung lebih kurang 35% daripada kos perbelanjaan operasi feri,” katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini.

Beliau berkata, antara faktor menyumbang kepada kerugian itu adalah kos diesel tinggi, yang dibayar mengikut harga pasaran dan tiada subsidi diesel bagi perkhidmatan feri,…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: BERNAMA


Previous post