Vokalis kumpulan Seventeen, Riefian Fajarsyah atau mesra dengan panggilan Ifan memaklumkan filem dokumentari, Kemarin bakal ditayangkan pada tahun 2020.
Perkara itu dikongsikan menerusi laman Instagram miliknya sempena genap setahun peristiwa tsunami melanda Palu, Sulawesi 22 Disember tahun lalu yang mengorbankan isteri serta ahli kumpulannya.
https://www.instagram.com/p/B6YLsM2D2YB/
Imbas kembali, mereka yang terkorban adalah Dylan Sahara (isteri), Muhammad Awal Purbani (pemain bass), Oki Wijaya (pengurus kumpulan), Herman Sikumbang (pemain gitar), Rukmana Rustam ( anggota kru) dan Wisnu Andi Darmawan (pemain dram).
Single Kemarin yang dirakam beberapa tahun lalu oleh kumpulan Indonesia ini kembali menjadi hit di corong radio kerana begitu berkait rapat dengan realiti hidup Ifan yang kehilangan kekasih buat selama-lamanya.
Post comments (0)