Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Fiza Sabjahan Dedah Sikap Sebenar Fedtri Yahya

today14 January 2020

Background

“Jangan pernah berhenti untuk berbuat baik”

Demikian ungkapan yang selalu kita dengar kerana semua percaya bahawa segala sesuatu yang berputar itu akan terus berputar. Menjaga hubungan baik sesama manusia juga adalah satu prinsip utama dalam kebahagian malah dituntut dalam setiap agama.

Begitu juga dengan personaliti televisyen Ahmad Fedtri Yahya yang baru-baru ini telah bergiat aktif menerusi laman Youtube.

Disebabkan perkara tersebut, Fedtri kini sedang berusaha untuk mempromosikan laman berkenaan di semua platform termasuk laman Twitter.

Ciapan beserta dengan video yang dimuatnaik telah mendapat perhatian pengacara Fiza Sabjahan yang turut bersama ‘repost’ isi kandungan tweet tersebut.

Dalam pada itu, Fiza sempat mendedahkan sikap Fedtri yang sentiasa tulus, ikhlas dalam berkarya. Fiza turut memaklumkan kepada umum bahawa Fedtri tidak pernah kedekut dengan ilmunya selain mengajak orang ramai untuk melanggan (subscribe) laman yang dipromosikan oleh Fedtri tadi.

Menjengah ke ruangan komen pula, Fedtri mengucapkan terima kasih buat rakan seperjuangannya selain sempat berseloroh dengan memanggilnya Puan Sri.

Terkejut dengan balas tersebut, Fiza dengan pantas menjelaskan kepada pengikutnya bahawa Fedtri adalah seorang individu yang suka bergurau dan tidak serius dengan gelaran yang dipanggil.

Semoga ikatan persahabatan antara mereka berdua ini akan kekal harmoni sehingga ke akhir hayat..

Written by: Azra Azuar


Previous post

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *