Walaupun sudah tidak tinggal sebumbung dan tidak bergelar suami isteri ia tidak bermakna pelakon, Fizo Omar bermasam muka atau bermusuh-musuhan dengan bekas isteri, Mawar Abdul Karim.
Menerusi sebuah portal hiburan online, Fizo masih berkawan baik dengan Mawar demi kebahagiaan anak mereka, Wan Maryam Binti Wan Hafizol.
“Saya dan Mawar masih berkawan lagi pun rumah kami dekat sahaja. Jadi jumpa, ambil anak dan kadang-kadang ada juga mesej tetapi lebih kepada anak.
“Keputusan mahkamah untuk hak penjagaan sementara dah keluar. Alhamdulillah, adalah giliran-gilirannya untuk anak bermalam dengan saya seperti waktu hujung minggu.
“Sesibuk mana pun, rindu pada anak ini lain macam sikit. Jadi bila dah jadi macam ini saya lebih hargai masa dengan anak saya,” kata Fizo.
https://www.instagram.com/p/B2ijnSRgUrz/
https://www.instagram.com/p/B2Jz4CmlPyw/
Alhamdulillah. Macam itulah yang kita harapkan supaya anak kecil tidak menjadi mangsa ibu bapa setiap kali berlakunya kes perceraian dalam rumah tangga.
Ini contoh yang terbaik. Semoga keharmonian hubungan Fizo dan Mawar kekal selamanya dan Maryam membesar dengan didikan yang sempurna.
Post comments (0)