Site icon Hot FM

‘Follow The Trend’, Tun Mahathir Buka Akaun Tiktok!

Bermula sebagai platform yang menampilkan perkongsian video challenge dan tarian berserta latar belakang muzik, TikTok kini telah berkembang menjadi salah satu aplikasi media sosial yang popular dalam kalangan pengguna Internet. Bukan sahaja popular dalam golongan muda-mudi, kini ia dilihat turut disertai golongan kanak-kanak, dewasa dan yang lebih berusia.

Buktinya, bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berusia 95 tahun juga telah ‘terjebak’ dengan kegilaan aplikasi tersebut apabila beliau kini juga mempunyai akaunnya sendiri di platform tersebut.

Capture

 

Wow! Tak sabarnya nak tengok video TikTok seterusnya.

Klik di sini untuk cerita selanjutnya.

Exit mobile version