Imbas untuk muat turun aplikasi

Yang Hangat

Followers Zizan Razak Kini 6 Juta!

today24 May 2019

Background

Pelakon, pengacara dan pelawak, Zizan Razak mengikuti jejak dua selebriti tempatan lain apabila mencatat enam juta pengikut Instagram.

Terkini, Zizan di kedudukan ketiga sebagai selebriti tempatan mempunyai jumlah pengikut tertinggi, di belakang Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Neelofa.

Zizan berkata, sejajar perkembangan arus teknologi, kepercayaan dan sokongan peminat membuatkan dia lebih bersemangat untuk berkarya.

“Saya ingin berterima kasih kepada semua yang menyokong dan membantu hingga mengumpul enam juta pengikut. Saya bangga dengan pencapaian ini.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Zizan, dia berkata,

“Berita gembira ini membuatkan saya semakin bersemangat merencana kerjaya seni dan memberikan yang lebih bagus. Selain menghasilkan lebih banyak produk, saya juga ingin memperbaiki kelemahan diri.”

Sumber: Berita Harian, Instagram Zizan

Written by: Jay

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *