Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Foto Baharu Nurul Shuhada Dikecam, Netizen Mohon Labuhkan Tudung

today31 May 2023

Background

Isteri kepada pelakon sensasi Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada Mat Shukri menjadi bualan hangat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video sambil mempromosikan sebuah produk kecantikan.

Menerusi perkongsian di Instagramnya, ibu kepada dua cahaya mata itu sedang mengenakan busana berwarna kelabu sambil menunjukkan tubuh badannya yang semakin kurus.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila penampilan baharunya itu telah dikritik kerana pakaian yang agak ketat sehingga menampakkan tubuh badan dan ‘asetnya’.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Video tersebut mendapat teguran dari ramai pihak yang meminta Nurul Shuhada dapat menutup aurat dengan melabuhkan tudung di bahagian hadapan dadanya.

Malah, ramai juga yang memuji kecantikan dan penampilan baharunya selepas kontroversi isu rumah tangganya.

“Maaflah ye. Kalau labuhkan tudung tutup bahagian dada tu lagi sopan.

“MashaAllah semakin cantik Shu. Semoga Shu sentiasa bahagia bersama anak-anak dan dalam Rahmat dan kasih sayang Allah swt. Rugilah si Hafidz. Permata di tinggalkn demi kaca yang tiada nilai,” ujar netizen.

Written by: Aqilah