Imbas untuk muat turun aplikasi

Artikel

Foto Bersama Meerqeen Dipadam, Tweet Anna Jobling Cetus Tanda Tanya

today8 September 2023

Background

Pelakon popular menerusi drama Melur Untuk Firdaus,Β Anna Jobling seakan memberi gambaran hubungannya bersama Meerqeen sedang dilanda masalah.

Menerusi ciapan di platform X (Twitter), Anna berkongsi status berbunyi ‘Puzzle completed’ sekaligus mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di ruangan berkenaan.

“Semoga kalian berjodoh di waktu yang tepat.

“Be strong Anna, semoga dapat yang lebih baik dari Meerqeen. Jangan sedih dengan gosip-gosip, be happy!,” komen netizen.

Menerusi pemerhatian XTRA di platform Instagram milik aktres itu, dia juga sudah memadam semua foto bersama Meerqeen termasuklah ketika penggambaran drama Melur Untuk Firdaus sebelum ini.

 

Dalam pada itu, ketika ditanya oleh peminatnya menerusi pautan Ask Me Question di Instagram tentang apakah perkara yang paling menyakitkan, Anna menjawab perkara yang paling menyakitkan adalah berbohong.

 

Written by: Salma